Thursday, November 28, 2024

EKSKLUSIF: Jojo Jumpa Johan Sebenar

Indexxing - Sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar akan kembali ke gelanggang ONE Championship apabila dijadual membuat perhitungan dengan bintang Colombia yang belum pernah tewas, Johan Estupinan dalam kategori flyweight pada pertarungan ONE 170 di Impact Arena di Bangkok, 24 Januari depan.

Johan, 18, yang mesra disapa Jojo turun dengan misi memburu kemenangan ketujuh daripada lapan penampilan dalam ONE Championship.

Petarung yang mewakili Rentap Muaythai Gym itu berkata, dia tekad untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas seni mempertahankan diri terbesar itu.

"Peminat boleh menjangkakan pertarungan yang luar biasa dan menghiburkan.

"Ini akan menjadi pertembungan generasi muda yang penuh aksi," kata Johan kepada BH Sukan.

Dalam pertarungan terakhirnya di ONE Championship, Jojo bangkit daripada kekalahan di tangan Nguyen Tran Duy Nhat dari Vietnam dengan kemenangan 'knockout' (KO) ke atas jaguh Mexico, Josue Cruz pada ONE 168: Denver di Ball Arena, Denver, Colorado, Amerika Syarikat, September lalu.

Kemenangan itu bukan sahaja memperbaiki rekodnya dalam ONE Championship kepada 6-1, malah Johan turut membawa pulang bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (kira-kira RM222,000).

Sebelum ini, Johan turut mencipta detik sensasi apabila menumbangkan Padestuk Fairtex hanya dalam 16 saat pada penampilan sulungnya di ONE Friday Fights 6 pada Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, cabaran menanti Johan kali ini tidak mudah.

Baca Juga : Kelab Australia Bakal Sertai MHL

Estupinan, 22, yang diberi julukan "Panda Kick" dan memegang rekod sempurna 25-0, turut mencipta nama sebagai bintang muda berbisa dengan empat kemenangan berturut-turut di pentas ONE Championship, termasuk tiga kemenangan KO.

Selain pertarungan Johan dengan Estupinan, ONE 170 juga bakal menyaksikan tiga pertarungan gelaran dunia yang dinanti-nantikan.

Ia membabitkan kategori featherweight antara Tawanchai PK Saenchai (juara) menentang Superbon; bantamweight antara Superlek Kiatmoo9 (juara) menentang Nico Carrillo dan MMA bantamweight membabitkan Fabricio Andrade (juara) menentang Kwon Won Il.

No comments:

Post a Comment

Kebocoaran Jantung Pada Pelajar Matrikulasi Melaka Meninggal Mengejut

Anak saudara saya baru setahun belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan doktor maklumkan punca kematiannya akibat berlaku kebocoran pad...