Showing posts with label pelajar melaka meninggal. Show all posts
Showing posts with label pelajar melaka meninggal. Show all posts

Saturday, February 8, 2025

Kebocoaran Jantung Pada Pelajar Matrikulasi Melaka Meninggal Mengejut

Anak saudara saya baru setahun belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan doktor maklumkan punca kematiannya akibat berlaku kebocoran pada jantung."

Begitu kata Muhammad Fakrulrazi Abdul Talib, 39, bapa saudara kepada Ahmad Saffiyudeen Ahamad Nzly, 19, pelajar KMM di Masjid Tanah, yang meninggal selepas pengsan ketika memberikan taklimat sukan di kolej berkenaan, malam tadi.

Menurutnya, anak saudara dan keluarganya tinggal bersamanya di Damansara dan Ahmad Saffiyudeen bertukar menjadi pendiam sejak kematian arwah bapanya sejak 2001.

Mungkin dia agak rindu dengan arwah bapanya kerana jika di rumah dia agak menyendiri, namun rakannya memberitahu dia seorang yang periang.

"Ketika kejadian itu, saya difahamkan anak saudara memberikan taklimat sukan di kolej berkenaan sebelum dia tiba-tiba duduk bercangkung di meja urus setia," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Fakrulrazi berkata, arwah kemudian tiba-tiba terus jatuh ke belakang dan pengsan.

Beberapa rakannya cuba membuat rawatan kecemasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) selepas itu.

"Apa yang saya tahu kakaknya beritahu arwah pernah mendapatkan rawatan berkaitan jantung tetapi ia sudah lama sebelum bapanya meninggal lagi tetapi selepas itu tiada rawatan susulan.

"Cuma hasil bedah siasat tadi doktor maklumkan saluran utama jantung dia makin menipis sehingga menyebabkan kebocoran," katanya.

BH sebelum itu melaporkan seorang pelajar KMM meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang memberikan taklimat sukan di sebuah dewan di kolejnya.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dipetik berkata Ahmad Saffiyudeen disahkan meninggal jam 11.14 malam ketika dirawat di Hospital Alor Gajah.

Kebocoaran Jantung Pada Pelajar Matrikulasi Melaka Meninggal Mengejut

Anak saudara saya baru setahun belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan doktor maklumkan punca kematiannya akibat berlaku kebocoran pad...