Showing posts with label Liga Hoki Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Liga Hoki Malaysia. Show all posts

Monday, November 25, 2024

Kelab Australia Bakal Sertai MHL

Indexxing - Liga Hoki Malaysia (MHL) terus mengukuhkan statusnya sebagai platform bertaraf antarabangsa apabila kelab Australia, Territory Stingers, disahkan bakal menyertai saingan musim depan dengan menghantar dua pasukan, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal, mengesahkan pembabitan kelab itu yang akan memulakan saingan bermula 4 Januari hingga 22 Februari, dengan perancangan untuk kekal dalam liga selama tiga musim.

"Tahun lalu, kelab dari China, Liaoning Hockey Team, turut menyertai liga kita. Kini, kita menerima permintaan daripada kelab luar negara seperti Territory Stingers. Ini menunjukkan bahawa liga kita mempunyai standard yang menarik minat antarabangsa," katanya.

Beliau turut menambah bahawa kos penyertaan Territory Stingers akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab berkenaan.

Subahan turut menjelaskan kerjasama selama tiga tahun dengan Territory Stingers membuka peluang besar buat pemain negara.

Baca Juga : Hari Pahlawan Upacara Kembali ke Tugu Negara

Sekiranya kelab itu layak beraksi di Liga Hoki 1 Australia, separuh daripada barisan pemainnya bakal diisi oleh pemain kebangsaan Malaysia.

"Mereka yakin dapat beraksi di Liga Hoki 1 Australia pada tahun depan. Ini peluang keemasan untuk pemain kita beraksi di liga antarabangsa dan menimba pengalaman di pentas yang lebih kompetitif," katanya.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, jurulatih Territory Stingers yang terdiri daripada bekas pemain hoki Australia akan mengadakan klinik khas untuk pemain muda di bawah Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP).


Kebocoaran Jantung Pada Pelajar Matrikulasi Melaka Meninggal Mengejut

Anak saudara saya baru setahun belajar di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan doktor maklumkan punca kematiannya akibat berlaku kebocoran pad...